MAJLIS IHTIFAL KECEMERLANGAN 2026
Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar & Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar
JOHOR BAHRU, 17 Mei - Majlis Ihtifal Kecemerlangan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, bertempat di Dewan Besar, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), Johor Bahru.
Majlis tahunan ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam bidang akademik sepanjang sesi persekolahan yang lalu.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah diraikan, khususnya para pelajar Tingkatan 5 sesi 2025 atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 dan juga kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 atas pencapaian terbaik dalam peperiksaan UPKK dan SDEA 2025.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kehormat, antaranya Tn. Hj. Mohd Azman bin Mohd Yunos, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor; Ustaz Abdul Razak bin Jantan, Penolong Pegawai Kanan, Unit Pengurusan Sekolah & Pembangunan Kemanusiaan, PPD Johor Bahru; serta Dato’ Dr. Abu Ubaidah bin Kemin, Pengurus Ahli Lembaga Pengelola, Al-Akhyar Education Group Sdn. Bhd. Turut memeriahkan majlis ialah barisan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Tn. Hj. Abdul Hamid bin Yunos @ Sudin bersama isteri, serta Ustazah Asiah binti Yunos.
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah hadir dan bersama-sama meraikan kejayaan anak-anak tercinta. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuntik semangat serta motivasi kepada mereka untuk terus melakar kejayaan.
Semoga kecemerlangan yang dicapai menjadi pemangkin kepada seluruh murid Al-Akhyar untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi mencapai kejayaan yang gemilang pada masa hadapan.
#IhtifalAkhyar2026
#SekRenIslamAlAkhyar
#SekMenIslamAlAkhyar
#MumtazUntukUmmah
#WeAimForTheBest
——-
Album:
📝 https://www.facebook.com/share/p/1M87TFbK3r/
📸 https://www.facebook.com/share/p/1Nt64eKQ5o/
📸 https://www.facebook.com/share/p/1J2CVpwGZG/